Pages

Featured Post

22.10.10

Anak bekas ADUN Guchil calon PR di Galas

Anak bekas ADUN Guchil calon PR di Galas




Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.
Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

21.10.10

SURAT DARI ANAK MUDA

STATUS HEBAT UNIVERSITI KITA

Salam bang isham...sori I nak tulis ni lari tajuk sikit. Ni pasal kenapala kita ni mendapat para pemimpin yang bodoh, bangang dan lembab. Tahap gaban gila. Nak cerita sikit pasal Research University. Semua IPTA nak jadi research university(baca duit banyak). Salah satu syarat dia mesti ada ramai foreign student peringkat master dgn phd. Jadi sekarang punyala ramai IPTA kita bawak masuk pelajar asing. Yg kelakor paling ramai dari middle east dan Afrika. Depa ni betul2 kartun sebijik hapa pun tak tau. Bahasa Inggeris pun tak tau. Imagine ada satu IPTA ni ada 2ribu pelajar baru orang asing...kebanyakan iran...dan bbr arab countries. Kerja depa, copy paste dari internet bila buat presentation, copy journal paste kan power point


3 projek utama gagal kerana kronisme

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melaksanakan transformasi ekonomi seperti yang diwar-warkan sebaliknya masih mengamalkan kronisme dan rasuah dalam pentadbiran.

Ini terbukti dengan pendedahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengenai tiga projek yang mengalami kegagalan dalam kepada kroni Umno BN mengaut keuntungan.

Tiga projek berkenaan ialah pembinaan Hospital Shah Alam, Institut Kanser Negara dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dari Jabor ke Gemuruh, Terengganu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendedahkan mengenai penyelewengan dalam projek berkenaan memberitahu, Umno BN masih menyerahkan pembinaan hospital itu kepada syarikat kroni walaupun subkontraktor sedia ada, GM Health Sdn Bhd bersedia memberikan diskaun RM3 juta serta menjamin hospital disiapkan dalam tempoh yang lebih awal.

Razali: Jangan celarukan kepala 'itik' Pemuda

Razali: Jangan celarukan kepala 'itik' Pemuda

Mesyuarat agung tahunan Pemuda Umno hari ini ditangguhkan dengan dengan kedua-dua pemimpin nombor satu dan nombor dua dalam pergerakan itu sepakat menolak 'politik cucuk' dan atau 'politik sate'.

Memulakan ucapannya dengan menegaskan "hubungan serasinya" dengan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Umno Datuk Razali Ibrahim menegaskan mereka sepakat berkhidmat bersama demi parti dan negara.

"Jangan cucuk (kami berdua). Bab cucuk ini yang tak tahan," katanya sambil meminta semua pihak memberitahu perkara sebenar daripada 'mencucuk' orang lain.
Mukhriz hina pelabur tidak datang ke Malaysia
Posted: 20 Oct 2010 07:14 AM PDT
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menghina para pelabur apabila mendakwa mereka tidak datang ke negara ini akibat hasutan pembangkang.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, Mukhriz memalukan Malaysia kerana beliau boleh mengakibatkan orang luar menghina Malaysia kerana mempunyai menteri yang tak cerdik.

"Jangan hina pelabur. Mereka tidak bodoh seperti orang menjawab tidak pakai akal.

"Bila pelabur hendak buat keputusan sama ada hendak melabur atau tidak ke negara ini, mereka tidak tanya Presiden PAS. Mereka tanya badan-badan yang diiktiraf seperti Economic Intelligence Unit atau Moody's," katanya mengulas dakwaan Mukhriz di Dewan Rakyat hari ini.